Membawang Hari Ini

Penampilan Bertudung Fouziah Gous Selepas Tunai Haji Dipuji Peminat

PENAMPILAN pelakon Fouziah Gous mengenakan hijab selepas pulang dari tanah suci untuk menunaikan ibadat haji menerima pujian peminat.

Menerusi laman Instagram suaminya @zhafyusof, sekeping gambar dimuat naik memperlihatkan imej bertudung Fouziah bersama suami sedang berada di sebuah pantai peranginan.

Foto tersebut menarik perhatian peminat yang turut memuji kecantikan Fouziah dan beranggapan pelakon drama Tahajjud Cinta itu sememangnya sudah mengenakan hijab.

“Ya Allah cantiknya pakai tudung, istiqamah ya sayang, agar semua orang sayang, Allah pun sayang,” komen Farhana.

“Alhamdullilah sejuk mata memandang, semoga Fauziah terus istiqamah. Sejuk dan manis mata memandang,” tulis Wan Hanisah pula.

“Kakak, awak nampak mudalah pakai tudung. Masya-Allah cantik sangat,” kata Jinnanie lapor Mstar Online.

Fouziah, 35, dan suami, Zhafran Yusof, 35, berangkat ke tanah suci Makkah pada 16 Ogos lalu dan selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.

Bagaimanapun, sehingga kini Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous belum memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut.

Malah, di laman sosial miliknya juga tiada sebarang foto terbaharu mengenai imejnya yang dimuat naik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");