Perak Hari Ini

Pencipta Lagu ‘Wow! Kita The Greatest’ Harap Diterima Setanding ‘Standing In The Eyes Of The World’

IPOH: Komposer lagu ‘Wow! Kita The Greatest’, yang merupakan lagu rasmi Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, Datuk Wah Idris, menaruh harapan agar ianya dapat diterima ramai sebagaimana lagu Standing In The Eyes Of The World yang diciptanya untuk acara Sukan Komanwel 1998.

Wah atau nama sebenarnya Wah Abdul Hamid Idris berkata, beliau berasa teruja bagi menantikan acara pembukaan Sukma malam ini, di Stadium Perak yang mana lagu yang dihasilkan selama 10 bulan itu akan dipersembahkan di hadapan lebih 40,000 orang penonton.

Dalam satu sidang media di Hotel Impiana, dekat sini, tengah hari tadi,beliau turut mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak yang memberi kepercayaan untuknya menghasilkan lagu bagi penganjuran temasya sukan terbesar negara ini.

Jelasnya, penghasilan lagu Wow! Kita The Greatest yang bergenre rock, selain melodi dan ritma yang mudah difahami menjadikan ia merupakan lagu yang unik dan yakin ia mampu diterima ramai khususnya pendengar golongan muda.

“Lagu ini untuk Sukma dan kita tahu bahawa kebanyakkan atlet Sukma ini terdiri daripada golongan belia dan pelajar-pelajar universiti serta kolej.

“Saya berharap lagu ini dapat memberi impak kepada atlet. Saya berbangga kerana saya dan penyanyi utama lagu ini, Ewal merupakan anak Perak.

“Selain akan menjadi kebanggan kami, saya juga berharap ia turut menyemarakkan lagi semangat kepada semua atlet dan rakyat Malaysia,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau yang berasal daripada Ipoh itu turut berharap agar lagu tersebut akan dihafal semua penonton malam ini dan akan dapat menyanyikan bersama-sama dalam acara penutup Sukma Perak 2018, pada 22 September nanti.

Wah juga berharap agar lagu Wow! Kita The Greatest akan dimainkan disepanjang penganjuran temasya sukan itu berlangsung dan di semua saluran media tempatan.

Sementara itu, Ewal atau nama sebenarnya, Ikhwal Hafiz Ismail, 26, berkata beliau juga berbangga apabila terpilih untuk menyanyikan lagu tema Sukma Perak 2018.

Ujar anak jati Teluk Intan itu, kejayaanya mengharumkan nama negara dalam World Championship of Performing Arts di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2008, memungkin beliau menyanyikan lagu tersebut, bersama penyanyi rap, Shazzwan.

“Sebelum ini saya pernah mengharumkan nama negara, apa salahnya kali ini, saya membantu mengharumkan nama negeri kelahiran saya. Ia satu penghormatan bagi saya,” kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 itu.

Selain Wah, penghasilan lirik lagu Wow! Kita The Greatest turut dibantu Reyza Hamidan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");