Perak Hari Ini

Peningkatan Penerbangan Udara Bukti Perkembangan Positif Pelancongan Perak

IPOH –Peningkatan penggunaan pernerbangan di Ipoh memberi kesan positif dalam pertumbuhan sektor pelancongan di negeri Perak.

Exco Pelancongan Negeri Perak, YB Tan Kar Hing berkata sejumlah 276,000 penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) dicatatkan tahun lalu.

“Penggunaan LTSAS telah menunjukkan peningkatan dari segi perkhidmatannya, malah kita juga telah menerima penerbangan baru pada 1 Oktober 2018 iaitu penerbangan oleh syarikat Air Asia, Johor Bahru – Ipoh dan Ipoh – Johor Bahru.

“Kita menjangkakan akan ada lebih banyak penerbangan domestik dan antarabangsa akan dijalankan di LTSAS,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak LTSAS di sini hari ini.

Katanya lagi, lawatan kerja tersebut untuk memastikan kemudahan yang disediakan lengkap khususnya untuk menerima pelancong domestik atau antarabangsa kelak.

Lawatan kerja tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pelancongan Perak Zuraida Md. Taib, Pengarah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Mohd Hizaz Mohd Ibrahim dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Roslan Bidin.

Kar Hing berkata kelengkapan yang disediakan adalah penting bagi memberikan “first Impression” yang baik terhadap negeri Perak.

“Kita mendapat maklumat yang amat positif daripada pihak pengurusan lapangan terbang sendiri untuk meningkatkan kemudahan di LTSAS.”
Sementara itu, terdapat tiga perkhidmatan akan dinaiktaraf bermula pada hujung tahun ini dan dijangka siap pada suku pertama tahun hadapan.

“Pihak lapangan terbang akan menaiktaraf tiga kemudahan seperti “aircraft parking”, “open bay” dan “segregation of aircraft operation” yang menelan belanja RM1.3 juta,” katanya.

Katanya kemudahan tersebut membantu memberi keselesaan kepada penumpang sekaligus meningkatkan imej negeri Perak.

Tambahnya sebanyak 112 penerbangan antarabangsa dan 56 domestik telah dicatatkan dalam tempoh satu bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");