Perak Hari Ini

Penolong Pengurus Sepak Takraw Johor Meninggal Dunia

PENOLONG Pengurus Pasukan Sepak Takraw Johor, Ahmad Huzaimy Mohamad meninggal dunia di homestay penginapannya di Taman Desa Putra Indah, Tanjung Rambutan, di Ipoh, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, polis telah menerima laporan mengenai kematian arwah yang berumur 37 tahun itu kira-kira jam 4.46 pagi tadi.

Katanya, jenazahnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk dibedah siasat dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan buat masa ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, selepas selesai bedah siasat, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru untuk dikebumikan.

Terdahulu, Mohd Ali melakukan lawatan kebajikan di Jabatan Forensik HRPB untuk melawat jenazah Allahyarham.

Allahyarham berada di sini bersama skuad sepak takraw negeri itu untuk menyertai temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 yang sedang berlangsung di Ipoh dari 12-22 September lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");