Perak Hari Ini

Perak Rancang Tarik Lebih Ramai Pelancong Medan

IPOH: Kerajaan Perak sedang merangka satu mekanisme bagi menarik lebih ramai pelancong asing datang ke negeri itu khususnya daripada Medan, Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata semenjak syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air bersetuju untuk mengadakan semula penerbangan Ipoh-Medan-Ipoh pada awal tahun ini, jumlah kemasukkan pelancong dari daerah Sumatera Utara itu meningkat sebanyak 42 peratus.

Jelasnya, kerajaan negeri akan terus melipatgandakan usaha mempromosikan Negeri Perak kepada warga Medan, menerusi medium pengiklanan di sana dan media-media sosial.

Tambah Kar Hing, pihaknya juga akan mengadakan lawatan kerja berkonsepkan Business-to-Business (B2B) ke bandar itu pada Oktober nanti, bersama-sama deligasi agen pelancongan tempatan.

“Kini, penerbangan Ipoh-Medan-Ipoh hanya ada tiga hari penerbangan dalam seminggu iaitu pada Isnin, Jumaat dan Ahad. Kita kita lihat ianya mempunyai ruang yang boleh ditambah baik,” katanya.

Selain itu, Kar Hing berkata kerajaan negeri juga akan turut mengetengahkan perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang ada di Perak kepada warga Medan.

“Sebelum ini, mereka lebih cenderung untuk ke Melaka ataupun Pulau Pinang untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan kesihatan, selain daripada melancong bersama keluarga.

“Kali ini, kita akan mewar-warkan kepada mereka bahawa Perak juga ada menawarkan perkhidmatan yang sama.

“Kita mempunyai pakar-pakar dan servis terbaik malah kosnya sangat berpatutan berbanding di tempat lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat berhubung perkara tersebut di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, wakil-wakil daripada Malindo Air, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysian Chinese Tourism Association (MCTA), serta Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");