Perak Hari Ini

Perak Umum Pemberian Insentif Kepada Atlet Negeri Raih Pingat Sukma-19

IPOH:Kerajaan Perak mengumumkan pemberian insentif kepada atlet negeri ini yang berjaya mendapat pingat sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM5,000 bagi pemenang acara individu dan RM2,500 setiap seorang atlet pemenang acara berkumpulan.

Khabar baik itu diumumkan pada majlis penyerahan bendera Kontinjen Sukma Negeri Perak 2018 di Hotel Impiana di sini hari ini.

Jelas Faizal pemberian insentif tersebut bagi membakar semangat para atlet serta sebagai pendorong untuk mereka berjaya.

“Kita mahu mencapai sasaran 50 ke 54 emas tetapi bukan itu yang menjadi kepentingan tetapi saya mahu anda semua mencabar diri sendiri menjadi lebih baik dari sebelum ini,”katanya.

Pengumuman insentif itu bagi acara perseorangan pingat Perak sebanyak RM3,000 dan gangsa RM1,000.

Manakala bagi acara berpasukan, insentif bagi pemenang kali ini diberikan kepada setiap individu iaitu emas RM2500, perak RM1,000 dan gansa RM500.

“Negeri Perak tidak pernah menjadi juara bagi Sukma dan keduduk terbaik kita pada sukma di Sabah iaitu mendapat tempat kedua jadi ini peluang terbaik kepada Perak menjadi johan keseluruhan kali ini,” katanya.

Ahmad Faizal secara peribadi mahu memberi penghargaan tersendiri kepada para atlet kerana bidang sukan membantu menyatupadukan rakyat dan meningkatkan motivasi diri sendiri.

“Saya ingin mengajak para atlet mencabar diri melakukan sesuatu yang terbaik dan mahu mengiktiraf mereka dengan pemberian insentif lain kepada atlet yang berjaya memprolehi kejayaan serta mencecah rekod tersendiri,” katanya.

Katanya kerajaan negeri turut mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod pertandingan.

Beliau turut memberi saranan supaya atlet menjadi duta kecil kepada negeri negeri untuk memperkenalkan dan mempromosikan lokasi menarik di negeri.

“12 daerah terlibat bagi pengajuran kali ini saya yakin setiap kakitangan di setiap kawasan akan membantu menjayakan sukan sukma kali ini,” katanya.

“Duta kecil ini penting kerana peluang menjadi tuan rumah bagi penganjur Sukma perlu digunakan sebaik mungkin untuk mempromosikan keunikan pelancongan di negeri ini supaya pengajuran ini bukan sahaja bagi acara sukan tetapi pelancongan,”katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");