Perak Hari Ini

Peranan YBUDR Kini Diurus Oleh Yayasan Perak

IPOH: Kerajaan Negeri telah menyerap masuk peranan dan tugas Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) ke dalam Yayasan Perak.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata langkah itu bertepatan dengan fungsi penubuhan Yayasan Perak sebelum ini.

“Tindakan ini adalah bagi mengembalikan tujuan asal penubuhan Yayasan Perak itu sendiri yang dahulunya berperanan membantu rakyat memerlukan dan meningkatkan ekonomi rakyat juga bidang pendidikan anak Perak.

“Ia telah dilaksanakan dan diperluaskan untuk membantu rakyat secara menyeluruh kelak,”katanya kepada media selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama kepimpinan Mahasiwa Perak sesi 2018/2019 di kediaman menteri besar hari ini.

Terdahulu program yang diisi dengan sesi sembang santai yang turut dihadiri oleh barisan exco kerajaan negeri Dr Abdul Aziz Bari dan Howard Lee Chuan How.

Mengulas lanjut katanya, peranan YBUDR yang menjalankan program seperti perumahan rakyat miskin, bantuan mikro kredit, bantuan kotak makanan akan diwujudkan semula menerusi penubuhan unit khas dibawah Yayasan Perak.

“Pekerja di peringkat bawah YBUDR akan diserap masuk ke dalam Yayasan Perak tiada masalah usaha membantu rakyat diteruskan dan diperhebatkan lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");