Perak Hari Ini

Pusat Media Sukma Perak 2018 Dibuka Esok

IPOH: Pusat Media Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 induk di Kompleks Belia dan Sukan negeri akan mula beroperasi 10 sehingga 22 September ini.

Ia akan dibuka pada jam 8 pagi sehingga 9 malam namun, bagi hari pembukaan dan penutupan ianya akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam.

Selain kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi), ia juga turut disediakan 20 unit komputer dan ruang-ruang tambahan untuk semua wakil media cetak dan eletronik melaporkan perjalanan temasya Sukma 2018.

Kemudahan WiFi juga turut disediakan di semua vanue ‘outdoor’ di sepanjang Sukma 2018 berlangsung.

Sudut minuman juga disediakan penganjur bagi para pengamal media yang akan hadir.

Selain di Kompleks Belia dan Sukan negeri, semua daerah juga turut akan disediakan pusat media mini di pejabat daerah masing-masing.

Semua 66 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) juga turut dibenarkan untuk pengamal-pengamal media menyiapkan tugasan mereka.

Sekitar 500 pengamal media dilaporkan akan bertugas disepanjang penganjuran temasya sukan ini berlangsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");