Berita Hari Ini

Rakam Bawah Skirt: Bekas Pegawai Timbalan Menteri Ditahan

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kepada Timbalan Menteri yang didakwa merakam di bawah skirt seorang wanita ditahan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy mengesahkan penahanan itu.

Difahamkan, penahanan dibuat pada kira-kira pukul 1 tengah hari Isnin, dekat kawasan Solaris di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“PDRM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video kes ini kerana kes ini masih dalam siasatan PDRM,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, pegawainya itu dipecat dari kementerian.

Pada Sabtu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) apabila menggunakan telefon pintarnya untuk mengambil gambar bawah skirt seorang pekerja wanita di sebuah kedai optometri di sebuah kompleks membeli-belah di sini.

Rakaman video berhubung kejadian kemudian tular di media sosial.

Menerusi klip video itu, lelaki tersebut duduk di sebelah seorang lelaki lain, dipercayai Mohd Azis, yang sedang menjalani pemeriksaan mata, dengan bantuan wanita berkenaan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");