Berita Hari Ini

Ramai Nak Kuasai Media – PM

PETALING JAYA: Kerajaan sehingga kini belum memulakan sebarang usaha ke arah mengehadkan pegangan saham dalam agensi media, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri bagaimanapun menyifatkan percaturan bagi memastikan kebebasan media tidak dicemari sebarang agenda peribadi didalangi mana-mana pertubuhan dan parti politik adalah langkah tepat.

“Memang satu cara untuk mengelak media diperalatkan orang tertentu. Mana saja sekarang ini kita dapati (wujud individu) yang nak kuasai media untuk kepentingan mereka.

“Tetapi (langkah mengehadkan pegangan saham dalam agensi media) kita belum laksanakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini, lapor BH Online.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan kerajaan ketika ini berhasrat menyusun semula pemilikan media di Malaysia dengan mengehadkan tidak lebih 10 peratus semua pegangan saham oleh parti politik dan entiti lain dalam syarikat media.

Menurut sumber, langkah itu katanya turut membabitkan saham dipegang syarikat, pertubuhan dan individu bagi memastikan kebebasan media dalam melaporkan perkembangan semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");