Perak Hari Ini

Rancangan Bangun Bandar Sukan Bersepadu Ipoh Bukan Mahu Tandingi Bukit Jalil

IPOH: Cadangan mewujudkan Bandar Sukan Bersepadu Ipoh bukanlah untuk menyaingi Bandaraya Sukan yang bakal dibangunkan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Ibu Negara, sebaliknya ia sebagai memberi pilihan lain kepada pengiat sukan tanah air.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, perancangan yang sedang dijalankan itu juga sebagai langkah untuk meneruskan agenda pembangunan sukan negeri serta memastikan segala fasiliti di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan terus digunakan selepas Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 berakhir.

“Ia akan melengkapkan fasiliti sukan di negara khususnya yang ada di Bukit Jalil. Kita menyediakan banyak pilihan. Contohnya aktiviti sukan lasak.

“Ipoh ini sesuai kerana kita ada banyak aktiviti rock climbing, water rafting dan sebagainya. Kita beri orang ramai pilihan yang tidak ada di Bukit Jalil,” katanya.

Tambahnya lagi, selain penganjuran acara dan temasya sukan, Bandar Sukan Bersepadu Ipoh juga akan dijadikan hub dan ruang penganjuran bagi acara pameran sukan, persidangan, perdagangan sukan serta acara kebudayaan dan hiburan.

Ahmad Faizal turut menaruh harapan agar segala fasiliti yang telah ditambahbaik di Kompleks Sukan MBI ini bersempena dengan penganjuran Sukma Perak 2018 akan terus diselenggara dan suasananya akan tetap meriah di masa hadapan.

“Kita mahu menjadikan Ipoh sebagai pusat acara sukan bukan sahaja diperingkat kebangsaan malah ianya diperingkat antarabangsa.

“Kita akan susun atur dengan baik bagi membolehkan semua fasiliti yang ada ini akan ditambah baik dan dapat terus digunakan sepenuhnya selain ianya tidak menjadi suatu pembaziran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Pusat Media Sukma Perak 2018, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata, kerajaan negeri juga kini sedang dalam perancangan membina sebuah pusat penginapan dan makmal sukan bagi membolehkan Bandar Sukan Bersepadu Ipoh yang dicadangkan itu mencapai standard yang ditetapkan.

Ujarnya, dengan wujudnya Bandar Sukan Bersepadu Ipoh, ia dapat dijadikan nilai tambah buat Perak sebagai salah satu destinasi pilihan umum ke negeri ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");