Perak Hari Ini

Rebut Peluang Sertai Pertandingan Fotografi Sempena SUKMA 2018

IPOH:Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Fotografi Negeri Perak bakal menganjurkan pertandingan fotografi sempena Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang akan berlangsung bermula 12 hingga 22 September ini.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata peluang Negeri Perak selaku tuan rumah kepada pengajuran sukan ini perlu dimanfaatkan oleh semua terutama rakyat Perak.

“Program ini turut melibatkan kerjasama daripada The Federation of Commercial Photographic Association (FCPSM),Perak Press Club dan NewB Photo Art Perak bagi menjayakan pengajuran ini,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya kerajaan negeri dan Tourism Malaysia Perak turut menyokong usaha ini kerana ia salah satu usaha bagi membantu mempromosikan Sukma selain pertandingan foto juga bakal mengabadikan kenangan sepanjang temasya sukan itu berlangsung yang pertama kali melibatkan 12 daerah di negeri ini.

“Pertandingan ini akan menyemarakkan orang ramai terhadap bidang fotografi dan mencungkil bakat dan pastinya mencabar kerana memerlukan kemahiran merakamkan aksi sukan,” katanya.

Pertandingan ini terbuka kepada semua peminat fotografi dan pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Manakala bagi hadiah emas pemenang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, RM2,000 bagi hadiah Perak dan RM1,000 bagi hadiah gangsa.

Borang penyertaan boleh dimuat turun di laman Facebook:New B Photo Art Perak atau di premis fotografi di SLR Centre (New World Shopping Mall)2 Lot GA, Jalan Foo Yet Kai Ipoh dan di talian (05-2427378).

Gambar pertandingan haruslah diambil dalam tempoh masa 8 sehingga 22 September.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");