Membawang Hari Ini

Rumah Termahal, Terbesar Di Dunia, Penghuninya Lima Orang

BANGUNAN menara ini dipercayai sebagai rumah paling mahal dan terbesar di dunia, dengan kediamannya hanya menempatkan lima orang.

Menerusi laporan Mirror Online UK dan Sinar Harian, nilai rumah tersebut menelan belanja £1 bilion (RM5.45 bilion), hartanah yang mengagumkan itu terletak di selatan Mumbai, India.

Ia dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 pekerja dan mempunyai dewan besar yang mana 80 peratus silingnya dipasang dengan lampu candelier, malah mempunyai taman empat tingkat.

Bangunan 27 tingkat itu merupakan kediaman bagi lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani, bersama isterinya, Nita dan tiga anak mereka.

Mukesh Ambani, 61, merupakan seorang ahli perniagaan yang mempengerusikan dan mengendalikan syarikat gergasi minyak dan gas Reliance Industries, salah satu syarikat paling bernilai di India.

Syarikat tersebut ditubuhkan oleh arwah bapanya, Dhirubhai Ambani.

Ambani menamakan kediaman itu Antilia, sebagai penghormatan kepada sebuah pulau legenda.

Hartanah itu diisytiharkan sebagai kediaman persendirian berbilion dolar pertama di dunia pada 2010.

Forbes menyenaraikan Ambani sebagai lelaki terkaya di India pada 2016, dengan nilainya dianggarkan £34 bilion (RM185.32 bilion).

Selain Reliance, beliau turut merupakan pemilik bagi pasukan kriket Liga Perdana India, Mumbai Indians, dan sebuah universiti di negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");