Membawang Hari Ini

Sakinah Buat Video Parodi Servis Ucapan Berbayar Janna

TINDAKAN pelakon Janna Nick memperkenalkan perkhidmatan ucapan berbayar untuk mereka yang ingin menggunakan khidmatnya memberikan ucapan hari jadi beberapa hari lalu bukan sahaja menarik perhatian netizen, tetapi juga di kalangan rakan artis.

Tindakan Janna yang mengenakan bayaran sebanyak RM50 untuk setiap ucapan dilakukan bukan hanya mengundang kritikan, tetapi turut mencetuskan situasi lucu apabila ia menjadi bahan untuk diparodikan pelbagai pihak.

Memetik laporan Sinar Online, terbaharu pelakon Sharifah Sakinah juga menggunakan pendekatan yang sama untuk memberi respons kepada #WishServiceByJannaNick yang kini menjadi bualan ramai.

Sakinah menerusi laman Instagramnya telah memuat naik satu video parodi berkaitan perkhidmatan tersebut dengan membuat ucapan sempena ulang tahun kelahiran pelakon Fazura yang diraikan pada 27 September lalu.

Setiap kali selesai membuat ucapan, Sakinah diberikan wang kertas berjumlah RM50 sebagaimana harga yang dikenakan oleh Janna untuk perkhidmatan ucapan berbayar yang diperkenalkan.

Video tersebut telah dilihat lebih 400,00 ribu kali oleh para pengikut di laman Instragramnya. Rata-ratanya meluahkan rsa terhibur dengan parodi tersebut yang disifatkan sebagai cara tersendiri Sakinah menegur isu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");