Membawang Hari Ini

Sasi The Don Kembali Dengan ‘ABCD’

KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun menyepi, bintang pop, Sasi The Don akan membuat kemunculan semula dengan single terbaharunya dalam bahasa Tamil berjudul ‘A B C D’.

Selepas menghasilkan muzik rentak reggae selama 18 tahun, Sasi atau nama sebenar Sasidharan Chandran bekerjasama dengan artis dari India Dr Anuradha Sriram untuk single terbaharunya.

“Lagu ABCD ini adalah mengenai kembali kepada perkara-perkara asas. Bermula untuk menghargai perkara asas dalam kehidupan. Saya mengambil masa sebulan untuk menyiapkan lagu ini,” kata penyanyi berusia 40 tahun itu kepada Bernama di sini baru-baru ini.

ABCD, digubah oleh Sasi dan ditulis bersama Navin D’navigator dan Saran Narayan, akan dilancarkan pada minggu pertama Oktober sempena perayaan Deepavali.

Sasi berkata, beliau berehat selama empat tahun bagi menghabiskan lebih banyak masa dengan anak perempuannya.

Ditanya mengapa Anuradha menjadi pilihannya, Sasi berkata beliau merupakan seorang penyanyi yang mempunyai personaliti mengagumkan dan pemberi inspirasi kepadanya di sepanjang karier beliau dalam muzik.

Inilah kali pertama Anuradha, yang telah menyanyikan lebih daripada 6,000 lagu di Kollywood, bersetuju untuk bekerjasama dengan seorang artis di luar industri filem India.

Sasi pula sehingga kini telah menghasilkan lima album, dan sedang menyiapkan album terbaharunya berjudul ‘Timeless’.

Ketika ditemui, Anuradha menyatakan kegembiraannya kerana dapat bekerjasama dengan artis Malaysia dan berkata ia adalah satu pengalaman unik bekerja dengan Sasi.

“Saya dikenali dengan melodi dan lagu klasik tetapi lagu ini lebih kepada reggae dan moden. Namun, saya gembira kerana dapat melakukannya,” kata penerima anugerah ‘Kalaimamani’ satu anugerah tertinggi Tamil Nadu.

Anuradha berkata lagu itu dirakamkan di Chennai, India, manakala Malaysia dipilih sebagai destinasi untuk rakaman klip video lagu tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");