Membawang Hari Ini

Saya Selalu Berdoa Dia Dijauhi Perkara Negatif – Suliza Salam

KUALA LUMPUR: Ibu penyanyi remaja, Ismail Izzani, Datin Suliza Salam sentiasa berdoa anak bongsunya itu dijauhi perkara negatif yang boleh merosakkan nama baik dan mengambil pengajaran daripada kontroversi dilalui.

Suliza yang juga penyanyi popular era 1980-an berkata, Ismail sudah menghubunginya untuk menjelaskan perkara sebenar dan memohon maaf atas perbuatannya itu.

“Dia ada menghubungi saya untuk meminta maaf, tetapi saya tidak bercakap banyak. Rasanya lebih baik kami bertemu dan bersemuka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Ketika isu foto itu hangat diperkatakan, saya berada di Jakarta, Indonesia dan hanya pulang ke tanah air hari ini,” katanya yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp lapor Berita Harian.

Penyanyi yang popular dengan lagu Luar Biasa itu sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar mesranya bersama pelakon, Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah pusat hiburan, tersebar baru-baru ini.

Difahamkan, foto itu dimuat naik pelakon kontroversi, Fathia Latiff di laman Instagram, beberapa hari lalu namun dipadamkan tidak lama selepas itu.

Menurut Suliza, anak lelaki bongsunya itu kerap menghubunginya untuk berkongsi apa sahaja masalah dan dia enggan menyalahkan sesiapa dalam isu itu.

“Biarlah kita bersangka baik dengan semua orang. Bagi saya, Ismail anak yang baik dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Bukan mudah apabila menjadi artis yang dikenali ramai kerana saya pernah melaluinya. Banyak perkara yang perlu dikorbankan. Saya selalu berdoa memohon dia dijauhi perkara negatif dan selalu ingat Allah,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan Ismail gagal, namun difahamkan penyanyi itu berada di Kemaman, Terengganu menjayakan sebuah acara di sana.

Pengurusan Ismail, World Peace Entertainment bagaimanapun, memaklumkan penyanyi yang bakal muncul dengan lagu Bidadari itu sudah membuat permohonan maaf dan kesal atas apa yang berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");