Membawang Hari Ini

Saya Terkejut Tengok Diri Sendiri: Nabila Huda

PELAKON hebat, Nabila Huda memberitahu dia terkejut melihat dirinya yang muncul dalam filem Munafik 2, baru-baru ini.

Dia tidak tahu babak lakononnya akan diguna pakai.

“Saya memang tak sangka dan terkejut sebab tengok diri saya dalam Munafik 2. Tak sangka Syamsul masih sayangkan saya,” ujarnya terharu.

Penyandang Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Festival Filem (FFM28) itu turut mengucapkan tahniah kepada pengarah, Syamsul Yusof kerana pecah panggung.

“Apapun saya tumpang gembira dengan kutipan pecah panggung yang berjaya dicatat Munafik 2,” katanya lapor Sinar Harian.

Nabila Huda ditemui ketika sidang media FOLKLORE (Toyol) HBO Asia di St. Regis, Kuala Lumpur, semalam.

Aktres itu juga memuji lakonan Maya Karin.

“Maya berjaya melakonkan watak Sakinah itu dengan sangat baik dan tuntutan karakternya jauh beza daripada Maria,” akhirinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");