Berita Hari Ini

Selangor Lantik Ketua Pembangkang Jadi Pengerusi PAC

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Selangor Rizam Ismail diumum sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) negeri.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari sebelum menangguhkan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Selain Adun Sungai Air Tawar itu, turut dilantik 3 Adun daripada PKR, 2 DAP dan 1 Amanah.

Tiga wakil rakyat PKR itu ialah Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan), Mohd Najwan Halimi (Kota Anggerik) dan Mohd Shaid Rosli (Jeram).

Manakala Adun daripada DAP adalah Ronnie Liu Tian Khiew (Sungai Pelek) dan Lin Yi Wei (Kampung Tunku), manakala mewakili Amanah adalah Saari Sungib (Hulu Kelang).

Rizam semalam berkata beliau akan menerima jawatan pengerusi PAC untuk mengimbangi kerajaan negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");