Jenayah

Seorang Lagi Suspek Samun Kedai Dobi Ditahan

SUNGAI PETANI: Seorang lagi suspek yang terbabit dalam kejadian samun bersama pasangan suami isteri di kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria, Sungai Petani, Selasa lalu, ditahan semalam.

Memetik laporan BH Online, Muhammad Asmuhairyl Abas, 20, yang ditahan sekitar daerah ini dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut ke atasnya dilakukan pihak berkuasa.

Jumaat lalu, pasangan suami isteri yang turut terbabit dalam kejadian samun itu, direman enam hari mulai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata.

Sebelum ini, seorang daripada dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun di kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria, Sungai Petani, ditahan polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Kedua-dua penyamun berkenaan menjadi ‘popular’ di media sosial apabila tindakan mereka menyamun dua premis terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV), selain netizen mengemukakan pelbagai komen di akaun Facebook seorang daripada mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata suspek terbabit dikenali sebagai Muhammad Asmuhairyl Abas, 20, diminta tampil menyerah diri bagi membantu siasatan.

Katanya, pihaknya percaya lelaki itu masih berada di kawasan Sungai Petani dan polis akan mengesan sebelum menahannya jika dia enggan menyerah diri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");