Berita Hari Ini

Siasatan Ke Atas Rosmah Selesai, Kata SPRM

ARAU: Siasatan terhadap isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sudah diserahkan kepada peguam negara, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

“Agensi ini hanya bertanggungjawab menjalankan siasatan dan terserah kepada peguam negara untuk mendakwa Rosmah atau tidak,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram. Jun lalu, Rosmah dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, agensi itu tidak menolak kemungkinan Rosmah akan didakwa dalam masa terdekat.

Shukri yang ditemui pemberita selepas menyampaikan Executive Talk bertajuk “Rasuah: Cabaran Kepada Anak Muda” sempena Konvensyen Mahasiswa Anti Rasuah (KoMawAR) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh jawab soalan tuan-tuan sama ada dia (Rosmah) akan didakwa kerana ia di luar bidang kuasa kami,” kata Shukri.

Semasa menjawab soalan seorang pelajar kenapa bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibebaskan daripada pertuduhan rasuah pembelian banglo selepas pilihan raya umum ke-14 lalu, beliau berkata, kuasa penuh untuk mendakwa terletak kepada peguam negara.

Mengenai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim wujud individu berkuasa menawarkan kontrak mendapat sokongan dalam pemilihan parti itu, Shukri meminta presiden PKR itu memberi maklumat mengenai kewujudan individu berkenaan.

Katanya, SPRM sukar menjalankan siasatan tanpa maklumat.

Akhbar hari ini melaporkan Anwar mengakui berlaku penawaran itu dan beliau tidak berkompromi dengan pemimpin menggunakan taktik kotor untuk memenangi jawatan.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");