Perak Hari Ini

SST: KPDNHEP Perak Giat Lakukan Pemantauan

IPOH:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak giat melakukan pemantauan di semua premis di seluruh negeri, semenjak 1 September lalu.

Operasi pemantauan berkenaan dibuat berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhimatan (SST) bermula Sabtu lalu.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, ia dilakukan bagi memastikan kedudukan harga barangan dan perkhidmatan di setiap bahagian rantaian perniagaan yang terdiri daripada sektor pengilangan, pengimportan tidak mengalami kenaikan harga yang tidak berpatutan.

Jelasnya, sehingga semalam, sebanyak 150 premis telah diperiksa yang mana ianya melibatkan 4,500 jenis barangan.

Daripada kesemua premis tersebut, beliau berkata tiada sebarang tindakan kompaun dilakukan sebaliknya KPDNHEP Perak hanya mengeluarkan notis di bawah peruntukan Seksyen 14 (1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Notis Seksyen 14 ini adalah notis yang memberi peringatan dan amaran kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit supaya tidak menaikan harga barang.

“Kesalahan bagi mencatut bermaksud membuat keuntungan tinggi dengan tidak munasabah.

“Bagi premis yang menaikkan harga, kita akan keluarakan notis di bawah Seksyen 21 AKHAP dan akan disiasati dibawah Seksyen 14,” katanya.

Selain itu, Saifullizan berkata, menerusi Operasi Catut 5.0 yang dijalankan pada Ogos lalu, KPDNHEP Perak telah melakukan pemeriksaan dan kutipan harga barangan di semua 960 premis yang melibatkan 10 pengilang, 100 pemborong dan 850 peruncit.

Tambahnya, ia kesemua data yang dikumpulkan dan akan menjadi rujukan kepada semua pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga untuk memantau kesemua barangan yang telah diperiksa selepas SST dilaksanakan.

Dalam pada itu, selain memberi amaran kepada para peniaga untuk tidak menaikkan harga barang sesuka hati, beliau juga turut menasihatkan agar orang ramai dapat mengunakan kuasa pengguna mereka dengan bijak.

“Aduan boleh dibuat melalui pelbagai saluran seperti melalui emel, talian telefon bebas tol, internet, aplikasi telefon pintar dan sebagainya.

“Kami ada membuka bilik gerakan di semua lapan cawangan KPDNHEP negeri yang beroperasi setiap hari, daripada jam 8 pagi sehingga 10 malam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan pemeriksaan di beberapa buah premis perniagaan di sekitar Bandaraya Ipoh, dekat sini, pada Isnin.

Operasi turut disertai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) serta wakil-wakil Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");