Perak Hari Ini

SUKMA 2018 Jadi Ruang Pengenalan Kepada e-Sport

IPOH:Aksi sukan elektronik (e-Sport) bakal diketengahkan kepada umum pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 berlangsung.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak, Howard Lee Chuan How berkata, Sukma merupakan ruang terbaik bagi mengetengahkan sukan tersebut kepada umum selain membantu memeriahkan penganjuran temasya sukan kali ini.

“Sebagai tuan rumah untuk penganjuran Sukma kita mahu memperkenalkan sukan e-sport ini yang bakal berlangsung di stadium Indera yanga mana akan disertai pemain bertaraf antarabangsa pemain antaranya Mobile legends, Fifa 18 dan sebagainya.

“Tiada pemberian hadiah bagi sukan ini kerana kita mahu memperkenalkan dan membuktikan komitmen untuk dikenali umum,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri taklimat bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Stadium Perak hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Jasnie Shafie.

Beliau yang juga seketeriat sukan turut membentangkan cadangan mengenai pelaksanan sukan e-sport pada mesyuarat exco pagi tadi dan ianya menerima maklum balas yang baik.

Terdahulu beliau turut memgumumkan pemberian sumbangan sejumlah RM15,000 untuk penganjuran pertandingan pengiktirafan khusus buat media yang akan diajurkan oleh SAM sempena SUKMA 2018.

“Terdapat tiga kategori iaitu photograf terbaik bagi keseluruhan yang memaparkan kehebatan atlet kita, berita terbaik dan cerita terbaik jadi kesemua badan media boleh menyertai dan memaparkan kisah menarik sempena Sukma,” katanya.

Sementara itu katanya, satu persidangan khas mengenai ekonomi sukan bakal dianjurkan esok di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi membincangkan tentang potensi sukan sebagai sumber ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri, seketeriat sukan dan kerjasama Perbadanan Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan adakan persidanagn ekonomi sukan yang akan dihadiri sekitar 100 peserta akan membincangkan mengenai kesan ekonomi serta impak melalui sukan.

“Kita akan membincangkan mengenai potensi kerjaya yang bakal diwujudkan melalui sukan dan bagaimana cara untuk memberi pengiktirafan bahawa sukan boleh menyumbang kepada ekonomi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");