Perak Hari Ini

Sukma 2018: Perak Lawan Sarawak Hari Ini

IPOH: Acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 hari ini bakal menyaksikan persaingan diperingkat kumpulan A iaitu Perak bakal beraksi dengan Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, pada jam 8.45 malam.

Menerusi posting yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Sukma Perak 2018, turut beraksi dalam kumpulan yang sama, pada jam 4.30 petang ini, pasukan Negeri Sembilan terlebih dahulu akan mengambil tempat untuk menentang pasukan Perlis, di venue yang sama.

Sementara itu, pasukan Wilayah Persekutuan juga tidak ketinggalan untuk menentang pasukan Johor, pada jam 4.30 petang ini, di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim.

Wilayah Persekutuan dan Johor berada dalam kumpulan B bagi acara bola sepak selain Terengganu.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara selain memberi sokongan kepada pasukan masing-masing, dan masuk adalah percuma.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");