Perak Hari Ini

Sukma 2018: Selangor Dahului Perak Dalam Aksi Pembukaan Badminton Lelaki

IPOH:Selangor mendomimasi Perlawanan perseorangan dan beregu Badminton peringkat pertama bagi kategori lelaki kumpulan A menentang pasukan Perak dalam Sukan Malaysia (Sukma) hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Arena Badminton Amanjaya Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekitar jam 2 petang tadi menyaksikan Selangor mendahului dengan mata pertama daripada perlawanan perseorangan Tan choong Yen (Perak) menentang K.Jhotiswaran dari (Selangor) dengan mata (19-21) (21-16) dan (23-21).

 

 

Bagi perlawanan beregu pasukan lelaki Selangor diwakili Low Hang Yee dan Man Wei Chong mendahului rentak perlawanan apabila bertemu pasukan Perak gadingan Ling Wei Jie dan Si Chin Sian dengan kutipan mata (21-14) (21-6).

Seterusnya bagi perlawanan perseorangan pusingan kedua Selangor R.satheistaran turut beraksi tangkas mendahului atlet Perak Anson cheong Yang Feng dengan mata (21-16) (21-9) dan (21-18).

Bagi perlawanan bergu keempat Selangor Mohamad Syazmil Idham dan Muhammad Nuraidil Adha dari Selangor turut mendahului Perak Lim Tze Jian dan Muhammad Umar Al Qhatab dengan mata (21-11) dan (22-20).

Terdahulu aksi terhenti seketika apabila permukaan gelanggang mengalami sedikit kerosakan.

Manakala aksi perseorangan kelima menyaksikan Aidil Sholeh Ali Sadikin menewaskan wakil Perak Chea Cheng Xiang dengan mata (21-15) dan (21-10).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");