Perak Hari Ini

Sukma 2018:Aspek Jagaan Kesihatan, Kebersihan Makanan Diberi Perhatian

IPOH:Penjagaan kesihatan dan kebersihan makanan antara yang diberi perhatian khusus pihak Kementerian Kesihatan pada penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 Perak 2018 yang bakal berlangsung dari 12 hingga 22 September ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata Kementerian Kesihatan memberi perhatian untuk memantau tahap kesihatan atlet supaya tiada sebarang penyebaran wabak penyakit sepanjang temasya sukan ini berlangsung.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan Jabatan Kesihatan Negeri Perak berkenaan atlet futsal dari Sabah terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disyaki terkena jangkitan saluran pernafasan.

“Langkah sesuai iaitu 11 atlet sukan futsal itu telah dikuarantin jadi kita akan mengambil perhatian khusus dalam jagaan kesihatan dan dari segi kebersihan pemakanan apabila melibatkan kehadiran ramai orang,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa ke 2 bagi farmasi dan sains kesihatan anjuran Universiti Kuala Lumpur (UniKL RCMP) Perak di Meru Raya hari ini.

Sukma 2018 akan berlangsung dari 12 hingga 22 September ini dengan mempertandingkan sebanyak 427 pingat emas melibatkan 29 jenis sukan dan 39 venue di 12 daerah seluruh Perak.

Perak kali kedua menjadi tuan rumah Sukma yang mana kali terakhir diadakan 24 tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");