Perak Hari Ini

Sukma Perak 2018: Skuad Hoki Wanita Terengganu Hampahkan Sabah

IPOH: Rentak permainan dan penguasaan gelanggang terbaik yang dipamerkan skuad hoki wanita Terengganu ketika bertemu Kedah semalam nyata diteruskan apabila berjaya menundukkan Sabah, 2-1 pada acara peringkat Kumpulan A, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, hari ini.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, dekat sini, kedua-dua pasukan dilihat buntu mencari gol pada suku masa pertama apabila Terengganu dan Sabah masing-masing gagal mencari jalan untuk menembusi benteng pertahanan masing-masing.

Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail membuka peluang buat Terengganu untuk mara apabila dia berjaya menghadiahkan pukulan gol padang pada minit ke-30 dalam aksi suku kedua perlawanan.

Hidayah sekali lagi membantu pasukannya memperoleh satu lagi mata pada suku ketiga perlawanan setelah berjaya menghantar leretan pukulan gol padang pada minit ke 40.

Pada dua minit berselang, percubaan Sabah untuk menjaringkan gol berjaya apabila pemainnya, Cyra Cynthia Anis @ Danis menghadiahkan gol pertama buat Sabah menerusi pukulan penalti sudut.

Pada aksi saingan lain di peringkat kumpulan yang sama, pasukan hoki wanita Kedah nyata hampa apabila gagal memperoleh sebarang gol setelah ditewaskan Johor 2-0.

Johor nyata tidak membuang masa apabila berjaya membolosi gol lawan pada minit ke-9 menerusi pukulan penali sudut oleh Nur Anisa Kartika Abd Rahman.

Cubaan kedua-dua pasukan dalam memperoleh sebarang gol pada suku masa kedua dan ketiga perlawanan dilihat gagal.

Nur Fathiah Aqilah Azmi kemudiannya terus menghampakan Kedah apabila berjaya menghadiahkan gol buat Johor hasil pukulan penalti sudutnya pada minit ke-47.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");