Perak Hari Ini

Taman Air Bukit Merah Ditutup Sementara

BAGAN SERAI: Taman Tema Air (Waterpark) Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) akan membuat penutupan sementara selama dua bulan bagi kerja-kerja penambahan beberapa tarikan terbaru dan juga penambahbaikan kawasan taman tema air tersebut.

Ketua Operasi Kumpulan Resort, Mohamad Mukhriz Mohamad Roslan, berkata keputusan itu dibuat bagi melancarkan kerja-kerja penambahan dan pemasangan beberapa jenis permainan baharu yang bakal dijalankan bermula 18 September hingga 30 November 2018.

Menurutnya projek itu membabitkan pertambahan beberapa jenis ‘slide‘ (gelongsor) air baharu seperti Mini Tornado Slide dan Race Slides.

Tambahnya kerja-kerja penambahbaikan turut dijalankan di dalam kawasan taman tema air berkenaan yang membabitkan pembaharuan di seluruh bahagian permainan kanak-kanak iaitu Kembara Rimba Air dan ‘Perak Mining‘.

“Kita harapkan projek ini bakal menjadi tarikan baharu bagi Taman Tema Air BMLR yang sudah beroperasi sejak 21 tahun lalu sekaligus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke sini.

“Kita juga bakal mengadakan tawaran hebat bermula dari hari pembukaan semula taman tema berkenaan dan berlanjutan dalam tempoh sebulan sebagai langkah mempromosikannya kepada orang ramai,” menerusi satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun katanya, tarikan lain seperti penginapan di Kampung Air serta Laketown Hotel, Taman Eko (Ecopark), dan Pulau Orang Utan kekal beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");