Perak Hari Ini

Terengganu Mendominasi Acara Berbasikal Sukma Perak 2018

IPOH: Terengganu merangkul pingat emas dan perak selepas atlet berbasikal wanita negeri itu, Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Ezzatie Fifiyana Shazwanie Shaiful Hisham berjaya menempatkan diri di tempat pertama dan kedua dalam cara 10 Kilometer (KM) scratch wanita, Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 di Velodrom Rakyat di sini.

Difahamkan, ia merupakan pingat emas Aisyah yang keempat, selepas berjaya menyapu bersih tiga pingat emas acara berbasikal lebuh raya tempoh hari.

Acara yang sepatutnya diteruskan semalam terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca hujan lebat.

Ia kemudiannya bersambung pagi tadi dan dalam persaingan penentuan pingat gangsa, atlet Selangor, Nurqadrina Emylia Norzali nyata tidak mudah mengalah apabila berjaya memintas atlet Pahang, Yong Ann Yii dengan catatan masa 41.30 saat.

Pelumba basikal tuan rumah, Nyo Chi Hui pula terpaksa akur dengan kekuatan kayuhan atlet Pahang, Nurul Najwa Mohamad Fauzi yang berjaya menduduki tangga keenam dengan catatan masa 41.27 saat.

Sementara itu, di lokasi acara yang sama, pelumba basikal Terengganu, Wan Abdul Rahman Hamdan turut menyumbangkan emas buat negerinya selepas berjaya memintas atlet Johor, Eiman Firdaus Mohd Zamri dalam acara 4KM kejar mengejar lelaki perseorangan.

Abdul Rahman tiba di garisan penamat dengan catatan masa 4.44 saat.

Walau bagaimanapun, pelumba basikal wanita Perlis, Anis Amira Rosidi berjaya merangkul pingat emas manakala pingat Perak pula digondol pelumba Terengganu, Siti Nur Alia Mansor dalam acara penentuan pingat kategori berbasikal pecut wanita .

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang hadir ke Velodrom Rakyat pagi tadi turut menyempurnakan majlis penyerahan pingat kepada para pemenang.

Setakat ini, 16 daripada 20 acara berbasikal yang telah berlangsung, Terengganu berjaya memungut 11 pingat emas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");