Perak Hari Ini

Terengganu Rangkul Emas Acara Angkat Berat

TAPAH:Terengganu berjaya berjaya merangkul emas dalam acara angkat berat wanita kategori 48 kilogram (kg) A pada temasya Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018, yang berlangsung di Dewan Merdeka, Majlis Daerah Tapah hari ini.

Wakil Terengganu Nurul Afiqah Muhammad Zamuri muncul juara bawah 48 kg dengan dua pingat emas apabila beliau berjaya mengangkat 81 kg bagi acara snatch dan memperolehi gangsa 75 kg bagi acara clean and jerk.

Bagi pingat Perak dimenangi oleh wakil Sabah Nilcy Tunk yang berjaya mengangkat 80 kg kategori clean manakala gangsa dimenangi Siti Zaleha Yusop yang berjaya mengangkat 75 kg.

Terdahulu pingat disampaikan oleh Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu acara angkat berat snatch 48 kg wakil Pahang Siti Zaleha Yusop Pahang berjaya menewaskan wakil pasukan tuan rumah Negeri Perak Nur Syafiqah Athirah Zaridi yang berjaya merangkul pingat Perak.

Ahmad Faizal turut berkesempatan meninjau sekitar venue pertandingan dan beramah mesra dengan para para peserta dan orang ramai yang hadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");