Berita Hari Ini

Tiada Rakyat Malaysia Dilaporkan Cedera Dalam Taufan Mangkhut Di Filipina

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera akibat Taufan Mangkhut yang membadai beberapa kawasan di Filipina pada Sabtu dan Ahad.

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, keadaan di kawasan yang terjejas masih lagi tidak selamat, maka seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak ke kawasan yang terlibat.

“Kebanyakan kawasan yang terjejas oleh taufan itu adalah di bahagian utara Luzon, Filipina. Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Manila juga Konsulat Jeneral di Davao, Mindanao sedang memantau rapi keadaan ini, kata kenyataan itu lagi memetik sumber Bernama.

“Kedutaan Besar Malaysia juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan pandangan dan maklumat terkini,” katanya.

Warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan pihak kedutaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Pejabat Konsul Besar di Davao, Mindanao.

Alamat kedutaan di Manila ialah 107, Tordesillas Street, Salcedo Village, Makati City, 1227, Filipina . Kedutaan Malaysia boleh dihubungi menerusi talian +63 917 864 0761 pada waktu pejabat atau menerusi emel, [email protected].

Pejabat Konsul Besar Malaysia di Davao terletak di Tingkat 2, Usman Building, Diho Subdivision Road, Buhangin, Davao City 8000 Filipina dan boleh dihubungi menerusi talian +63 82 221 4050 dan +63 936 9684001 atau emel di alamat [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");