Sukan Hari Ini

Trippier Tidak Gusar Kekalahan England

PERTAHANAN England, Kieran Trippier, mendedahkan pasukannya tidak memikirkan tentang episod kekalahan yang diraih kerana mereka kini sedang fokus untuk membina skuad.

Pasukan The Three Lions melangkah ke separuh akhir Piala Dunia pada Julai lalu tetapi tewas di tangan Croatia dalam waktu kecederaan, sebelum gagal mengatasi cabaran Belgium dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan terbaru, mereka kalah ketika menghadapi Sepanyol dalam saingan saingan Piala Negara-Negara UEFA di Wembley, awal pagi semalam, lapor Stadium Astro.

Tatkala episod kekalahan mungkin melemahkan semangat yang diraih susulan pencapaian di Russia, Trippier yakin pasukan bimbingan Gareth Southgate itu kini berada pada landasan yang tepat.

“Ia tidak merisaukan. Kami sedang membina pasukan dan itu yang boleh kami lakukan ketika berdepan pasukan sebegini,” katanya.

“Kami mahu menguji kemampuan berdepan pasukan terbaik dan ternyata mampu memberi cabaran sewaktu menghadapi Sepanyol.

“Kami sedar ia bakal jadi aksi yang sukar tetapi inilah barisan yang ingin kami temui. Kami bermula dengan baik dan mendapatkan gol awal, tetapi dibolosi selepas mempamerkan aksi yang kurang meyakinkan.

“Mereka jelas lebih baik dalam babak pertama dan kami berbincang mengenai aksi dalam separuh masa kedua.

“Saya rasa kami bermain jauh lebih baik selepas rehat. Segalanya mengikut perancangan tetapi nasib tidak menyebelahi kami untuk mencatat keputusan seri.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");