Panasnya Hari Ini

UMNO Nafi Dakwaan Anjur ‘Demonstrasi Kuburkan Undang-undang’

KUALA LUMPUR – Penganjuran demonstrasi kuburkan undang-undang negara bukan dianjurkan oleh UMNO.

Malah, surat penyertaan menggunakan kepala surat UMNO yang diviralkan di laman sosial juga tidak benar.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan perkara itu satu fitnah untuk memburukkan nama baik UMNO.

“Perkara ini merupakan satu fitnah untuk memburukkan nama baik UMNO.

“Sehubungan itu UMNO sangat kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan surat tersebut dan meminta supaya rakyat tidak mempercayainya,” katanya dalam kenyataan.

Surat penyertaan demonstrasi itu menyatakan arahan kepada bahagian untuk menghantar 10 peserta untuk menyertai demonstrasi pada 9 September di Sogo.

Menurut surat tersebut, para peserta diminta berkumpul di Dataran Pusat Dagangan Dunia Putra.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");