Perak Hari Ini

Utamakan Pendidikan Dalam Pembentangan Bajet Negeri Tahun Hadapan

IPOH:Kerajaan Negeri Perak memberi jaminan bahawa sektor Pendidikan antara yang diutamakan pada pembentangan bajet negeri tahun hadapan.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata pendidikan adalah satu pelaburan yang penting dalam memastikan rakyat negeri ini mendapat taraf pendidikan yang tinggi dan terbaik.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pemberian alatan tulis kepada lebih 100 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Dun Chenderiang di sekolah Menengah Sains Tapah hari ini.

 

Bagi Dun Chenderiang seramai 1,524 murid menerima sumbangan iaitu 455 orang dari 20 sekolah, PT3 seramai 560 orang dan pelajar SPM seramai 509 orang dari lima sekolah.

Katanya pemberian alatan tulis oleh Yayasan Perak merupakan acara tahunan bagi meningkatkan semangat para pelajar menghadapi peperiksaan.

“Mereka diberikan alat tulis dan sebagainya ia bukannya satu bantuan yang besar tetapi lebih kepada memberi semangat kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan dan saya amat gembira kerana ia dapat diteruskan,” katanya.

Mengulas lanjut Faizal turut berjanji untuk terus memperhebatkan dan menambah peruntukan khusus kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi meningkatkan kualiti pendidikan di Perak amnya.

“Saya mahu agar semangat untuk menjadikan Perak Nombor 1 dari segi pendidikan menjadi kenyataan.

“Kita akan umumkan dalam bajet dan tentunya sektor pendidikan akan menjadi keutmaan khusus dalam bajet tahun hadapan kerana ia pelaburan yang penting bagi kerajaan negeri memastikan mereka taraf pendidikan yang baik dapat membantu memajukan negeri kita kelak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");