Panasnya Hari Ini

Video Anwar BergelekTIiru Aksi MGR Tular

Malah, strategi Anwar meniru watak filem box office lakonan Rajinikanth itu dilihat berjaya menarik perhatian masyarakat India yang dikatakan terpinggir oleh dasar kerajaan ketika itu.

Selepas 10 tahun, kini sebagai presiden parti utama dalam gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mentadbir kerajaan, Anwar sekali lagi menunjukkan kebolehannya memikat harti audiens dari kalangan kaum India.

Dalam video KiniTV yang dirakam pada program kebudayaan India di Desa Mentari, Petaling Jaya, semalam, Anwar memeriahkan pentas dengan meniru aksi seorang lagi pelakon filem Tamil popular, mendiang MG Ramachandran (MGR).

Hadirin yang terdiri dari kira-kira 500 penduduk setempat dilihat bersorak dan bertepuk tangan dengan berlatarkan lagu dari filem Enga Veetu Pillai (1969).

Pemilihan lagu dari filem MGR itu dilihat cuba menyorot persamaan yang dikongsi bintang filem itu dengan Anwar sebagai pengasas parti politik.

MGR mengasaskan parti politik All India Dravida Munnetra Kazhagam pada 1972 dan sering cuba mempromosikan idea politiknya dalam setiap filem yang dibintanginya.

Strategi MGR itu berhasil apabila dipilih sebagai wakil rakyat dan dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu dari 1977 hingga kematiannya pada 1987.

Sementara Anwar mengasaskan PKR pada 1999 susulan pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri.

Pada pilihan raya umum 2008, poster Anwar memakai kaca mata hitam seakan-akan meniru poster filem Sivaji The Boss digunakan sebagai bahan kempen.

Malah, pada 2011 dalam ucapannya di sebuah acara di Klang di hadapan masyarakat India, Anwar menyamakan dirinya dengan watak filem berkenaan yang dipotretkan sebagai melawan rasuah.

Anwar juga membidas dakwaan seteru politiknya terutama dari kalangan pemimpin Umno yang menuduhnya sebagai ejen AS.

“Saya bukan ejen AS, saya Sivaji The Boss,” katanya.

Terdahulu, Anwar hadir program itu sempena kempen pilihan raya kecil Seri Setia yang akan menyaksikan calon HARAPAN Halimey Abu Bakar akan menentang calon PAS Dr Halimah Ali, esok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");