Membawang Hari Ini

Zarina Anjoulie Masih Bertudung, Dakwa Itu Gambar Lama

Baru-baru ini, kecoh mengenai gambar pelakon Zarina Anjoulie yang tidak bertudung dan berpakaian jarang, berpelukan bersama penyanyi Ismail Izzani di kelab.

Susulan itu, penyanyi Ismail Izzani melalui pengurusnya memohon maaf dan turut merasa kesal dengan apa yang terjadi. Bagaimanapun, Zarina tampil menegaskan dia masih lagi bertudung dan mendakwa itu adalah gambar lama yang sengaja dimuat naik oleh Fathia Latiff untuk ‘membahan’ dirinya.

“Saya dan Fathia memang berkawan rapat sejak dahulu dan orang tak faham tentang hubungan kami. Kena ‘bahan’ dalam IG tu perkara biasalah sebab dia pun buat benda yang sama sampaikan mengeluarkan semula gambar saya tak bertudung.

“Orang terus anggap saya nak buka tudung dan sebagainya pada hal itu adalah cara kami bergurau dan bersahabat. Sebab itu kalau tak kenal kami berdua tak payah nak komen lebih sangat,” katanya kepada Utusan Online

Gambar tular itu dimuat naik oleh Fathia pada 31 Ogos lalu dan ada netizen mendakwa ia diambil di sebuah kelab pada malam ambang sambutan kemerdekaan. Ada yang berpendapat, jika ianya gambar lama, Ismail Izzani yang berusia 18 tahun pasti dibawah umur dan tidak dibenarkan masuk ke pusat hiburan.

Menurut Zarina lagi, ianya bukan isu yang harus diperbesarkan. Katanya, ada yang mungkin salah faham dan ada pula yang sengaja mencari salah untuk memperlihatkan keburukan dirinya.

Setakat ini, Ismail Izzani tidak dapat dihubungi untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu dengan pihak media.-Rotikaya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");