Berita Hari Ini

20 Masjid Diranapkan Bencana

SULAWESI TENGAH – Gempa bumi dan tsunami yang melanda pada Jumaat lalu telah mengakibatkan berpuluh masjid di daerah ini rosak malahan, kebanyakkannya tidak dapat digunakan lagi.

Lebih 20 masjid mengalami kerosakan di sepanjang 10 kilometer pasisir pantai Palu sehingga ke Panawa, Donggala akibat daripada bencana itu hasil tinjauan wartawan BH di daerah ini semalam.

Seorang jemaah masjid itu, Janauri Kecak berkata masjid utama di kota Palu iaitu Masjid Baitulrrahman tumbang sekelip mata bersama kubah besar selepas dipukul tsunami setinggi lebih lima meter.

Katanya, ketika kejadian, azan Maghrib baru berkumandang sebelum ombak besar tsunami tiba-tiba muncul sejurus gempa berlaku.

“Ketika itu, beberapa rakan berada dalam masjid termasuk Suyanto yang baru selesai menunaikan solat sunat.

“Air laut melimpah memasuki masjid, menyebabkan rakan saya dan jemaah lain dihanyutkan tsunami. Suyanto sempat berpaut pada kayu dan diselamatkan walaupun kakinya tersepit, manakala yang lain terkorban dan ada yang parah,” katanya.

Janauri berkata, darah mangsa boleh dilihat di sekeliling masjid sehingga kini, malah bau mayat masih boleh dihidu di sekitar masjid yang runtuh itu.

Menurut Siak Masjid Jaam’i, Desa Tosale, bencana itu turut mengakibatkan Masjid Terapung Palu yang menjadi ikon bandar ini turut dihanyutkan ke laut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");