Jenayah

23 Individu Warga China Ditahan di Pusat Hiburan di Cheras

KUALA LUMPUR: Seramai 23 individu warga China ditahan dalam serbuan Ops Gegar yang dijalan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini, pada Sabtu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata dalam operasi bermula jam1.15 pagi itu, kesemua mereka yang terdiri daripada 21 wanita dan dua lelaki dipercayai berkerja sebagai penari, penyanyi, pelayan pelanggan (GRO) dan pekerja premis tersebut.

Katanya, turut ditahan ialah dua wanita dan seorang lelaki tempatan dipercayai bekerja sebagai penyelia, penjaga dan juruwang di pusat hiburan berkenaan.

“Terdapat aktiviti ‘kalungan bunga’ dan persembahan ‘cat walk’ di atas pentas. Bayaran bagi kalungan bunga bermula daripada RM50 hingga RM500.

“Bagi aktiviti pemakaian mahkota bayaran daripada harga RM500 hingga RM1,000, dan pelanggan akan memberikan ‘tips’ kepada perempuan-perempuan yang mereka pilih. Aktiviti ini adalah satu persembahan istimewa di kelab tersebut sebagai daya tarikan pelanggan ke situ,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mustafar berkata hasil siasatan awal mendapati wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO boleh mendapat ‘tips’ sehingga mencecah RM1,000 hingga ke RM2,000 dalam sehari.

Menurutnya, GRO ini kebanyakannya memasuki negara ini dengan hanya menggunakan Pas Lawatan Sosial bagi tempoh 30 hari namun menjalankan aktiviti-aktiviti berkenaan untuk mengaut keuntungan.

“Terdapat antara mereka yang menggunakan Pas Pelajar dan Pas Ikhtisas tetapi bekerja sebagai ‘GRO’. Pada masa sama, wanita-wanita warga China ini tidak dapat berkomunikasi dengan baik kerana kurang faham bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris,” jelasnya kepada Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");