Berita Hari Ini

3 Maut, 7 Parah Nahas Tengah Malam

KLUANG: Tiga maut, manakala tujuh lagi parah dalam nahas membabitkan dua kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 59 Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Kilang Kelapa Sawit FELDA Ulu Penggeli, dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah malam itu, mangsa terkorban ialah Rafeah Jaafar, 57, dari FELDA Ulu Belitung; Raveena Christy Rentap, 20, dari Taman Kota Masai dan seorang warga Indonesia, Dedi Irawan, 19, yang bekerja di FELDA Ulu Penggeli.

Beliau berkata, mangsa parah pula membabitkan enam menaiki dua kereta berkenaan, termasuk kedua-dua pemandu dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, semuanya dari FELDA Ulu Belitung, serta warga Indonesia yang juga pembonceng motosikal ditunggang Dedi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dinaiki tiga mangsa dari arah Kluang, berlanggar dengan motosikal terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal berkenaan terhumban ke dalam parit, manakala kereta pula terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki lima mangsa dari arah Kota Tinggi tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar kereta itu,” katanya dalam satu kenyatàan media lapor BH, di sini, hari ini.

Mohd Abduh berkata, semua mayat mangsa dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini, untuk bedah siasat, manakala mereka yang parah diberi rawatan lanjut di hospital sama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");