Perak Hari Ini

Amanah Tak Halang Ahli Umno Mahu ‘Menukar Angin’ – Asmuni

IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Perak tidak akan menghalang mana-mana pihak khususnya daripada Umno yang mahu menyertai parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Asmuni Awi sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa tidak akan menyekat sebaliknya mengalu-alukan ‘kedatangan’ mereka yang mahu ‘menukar angin’ politik masing-masing kepada PH.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PH Negeri berkata walau pada dasarnya parti menolak amalan ‘melompat parti’ sebelum ini namun, disebabkan suasana politik masa kini yang berubah pihaknya tidak ada masalah jika terdapat ahli Umno yang mahu berhijrah kepada PH.

“Umno sendiri berhadapan dengan satu suasana yang kita tidak tahu dimana ia akan berakhir. Sama ada akan berkubur sendiri, diharamkan atau akan ditinggalkan beramai-ramai.

“Sebab itu, kita membuka pintu kepada mana-mana ahli Umno yang mahu ‘berarah angin’.

“Sama ada mahu sertai Bersatu (Parti Peribumi Bersatu Malaysia), Amanah, atau mana-mana komponen parti dalam PH. Kita tak mengenakan syarat. Tidak kira sama ada dia ahli biasa, Yang Berhomat atau sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program Seminar Keibubapaan serta Pelancaran Laman Web Jodoh Cinta Sakinah dan Modul Kefahaman Poligami Peringkat Negeri di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang perkembangan suasana politik semasa tanah air yang melibatkan insiden ‘lompat parti’ daripada beberapa ahli Umno kepada PH.

Terbaharu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendakwa bahawa terdapat kira-kira 40 Ahli Parlimen UMNO dijangka keluar parti dan kemungkinan menyertai Bersatu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");