Panasnya Hari Ini

Anifah Tidak Terima Saman Daripada Umno

SHAH ALAM – “Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman sehingga kini tidak menerima apa-apa surat saman daripada Umno berhubung tindakan beliau meninggalkan parti,”.

Demikian respon setiausaha akhbarnya, Datin Nirvana Jalil Ghani mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat mereka yang melompat parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dr Ahmad Zahid semalam dipetik berkata, Umno telah memulakan langkah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli Parlimen yang meninggalkan parti.

Katanya, writ saman telah dihantar kepada mereka yang berkenaan.

“Jadi kita telah serahkan kepada pasukan peguam untuk mengheret mereka dan lakukan tuntutan menurut aspek perundangan yang memperuntukkan perkara berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas berakhirnya Persidangan Agung Umno 2018, di PWTC, semalam.

Selain Anifa, empat lagi Ahli Parlimen Umno yang bertindak keluar daripada Umno iaitu Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamed;  Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");