Berita Hari Ini

Anwar Angkat Sumpah Isnin ini – Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson malam ini, akan mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff mengesahkan perkara itu kepada Bernama malam tadi.

“Ya, sudah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) pagi Isnin ini. Boleh disemak melalui Portal Parlimen,” katanya menerusi sistem pesanan WhatsApp lapor Bernama.

Menurut AUM, Isnin ini akan berlangsung Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14.

Pada PRK itu, Anwar, 71, memperoleh 31,016 undi, menewaskan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (7,456 undi) dan lima calon Bebas; bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan (82 undi); bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (4,230 undi); Lau Seck Yan (214 undi); personaliti media sosial Stevie Chan (337 undi) dan Kan Chee Yuen (154 undi).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");