Berita Hari Ini

Anwar Komited Lakukan Pembaharuan Parlimen

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kembali ke Dewan Rakyat hari ini bertekad untuk menambah baik dan memperkukuh kedudukan Parlimen sejajar dengan tanggungjawab terbarunya itu.

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata tumpuannya termasuk melaksanakan usaha menubuhkan beberapa jawatankuasa pemilih selaras dengan manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Keutamaan adalah untuk membantu kerajaan melaksanakan sebahagian daripada manifesto iaitu pembaharuan Parlimen, Parlimen kita pada masa lalu telah dianggap sebagai “rubber stamp” sahaja, anggota Parlimen akan bahaskan dan perakukan apa sahaja yang telah diputuskan.

“Pendekatan baharu ini untuk memastikan Parlimen menjadi lebih efektif menerusi penubuhan jawatankuasa pemilih atau pelbagai perbincangan lain sebelum perbahasan, sebelum pembentangan undang-undang dan ini sudah tentu akan dibincangkan, ia perlu diperakukan oleh Kabinet,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini, lapor Bernama.

Anwar juga bertegas bahawa beliau tidak akan menyertai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya sebagai penyokong kerja lebih relaks, saya nak cakap apa pun boleh. Kedudukan formal akan beri kekangan kepada saya,” katanya.

Anwar hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Anwar memenangi pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson, Sabtu lepas dengan majoriti besar 23,560 undi mengalahkan enam calon lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");