Panasnya Hari Ini

Azmin Dahului Rafizi Sengan Kelebihan Satu Undi

SHAH ALAM – Pemilihan PKR pada minggu ketiga menyaksikan penyandang timbalan presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

mendahului pencabarnya dengan kelebihan satu undi.

Azmin merekodkan 19,584 undi setakat 6 petang ini manakala lawannya Rafizi Ramli memperoleh 19,583 undi.

Menerusi keputusan yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi di www.pemilihankeadilan2018.com menyaksikan Rafizi menang di empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan.

Sementara Azmin menang di Pulau Pinang, dan Johor.

Rafizi memperoleh undi 5,211 mengatasi Azmin yang hanya memperolehi 4,922 di Kelantan.

Sementara di Terengganu Rafizi memperolehi 1,506 mengatasi Azmin yang memperoleh 1,269.

Di Pahang pula Rafizi memperoleh 2,388 mendahului Azmin yang hanya memperoleh 2,298 manakala di Wilayah Persekutuan Rafizi memperoleh 2,929 dan Azmin memperoleh 2,794.

Di Pulau Pinang pula menyaksikan Azmin mendahului dengan memperoleh sebanyak 3,645 undian sementara Rafizi memperoleh 3,434 dan di Johor pula Azmin memperoleh 4,656 , mendahului Rafizi yang hanya memperoleh 4,115.

Menurut laman rasmi berkenaan hanya dua negeri yang menyaksikan keputusan muktamad iaitu Pulau Pinang dan Johor.

Sementara bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan pula keputusan muktamad hanya akan diputuskan selepas peti undi ragu diproses.

Enam negeri lagi iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak pula akan mengadakan sesi undian pada minggu mendatang.

Pemilihan PKR akan berakhir pada November ini, dan keputusan muktamad akan diketahui pada bulan berkenaan.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");