Perak Hari Ini

Banjir Di Perak: 29 Mangsa Di Pusat Pemindahan Sementara

IPOH:29 mangsa daripada sembilan keluarga masih berada pusat pemindahan banjir di daerah Kerian berjumlah 29 orang setakat pukul 9 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, kesemua mangsa berasal dari Kampung Parit Mat Keling dan Kampung Parit Ali Kalang dan Kampung Parit Air Hitam dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman dekat Bagan Serai pada Ahad lalu.

Difahamkan Banjir di Kerian berpunca daripada limpahan air dari Kolam Bukit Merah dan hujan lebat sehingga mengakibatkan Sungai Kurau melimpah.

Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu melibatkan empat orang dewasa, 13 wanita, lapan kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara itu.

Paras air dikawasan kejadian pula difahamkan setakat ini berada para aras mencecah 0.3 hingga 1.0 meter yang masih tidak menunjukkan penurunan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");