Berita Hari Ini

Bantahan Gaji Minimum Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pekerja berhimpun secara aman di hadapan Parlimen di sini hari ini bagi menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan gaji minimum pada kadar RM1,050.

Perhimpunan itu disertai ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terdahulu, peserta perhimpunan berjalan dari Padang Merbok bermula jam 10.30 pagi sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari pintu pagar bangunan Parlimen selepas dihalang anggota dan pegawai polis yang berkawal di situ.

Peserta perhimpunan diketuai Setiausaha Agung MTUC, J Solomon turut bersorak melaungkan ‘hidup rakyat, bantah 1050 dan bangkit rakyat.’

Kira-kira jam 10.50 pagi, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran mengambil inisiatif bertemu dengan peserta terbabit di tempat mereka berhimpun.

Sejurus itu, Kulasegaran menjemput kira-kira 20 peserta mewakili organisasi masing-masing untuk mengadakan perbincangan dengannya.

MTUC sebelum ini dilaporkan akan menyerahkan memorandum bantahan gaji minimum baru RM1,050 kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen dalam usaha supaya ia disemak semula.

Solomon dilaporkan berkata kira-kira 30 NGO akan berkumpul dan bersama-sama menuju ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum itu hari ini.

Tarikh berkenaan juga bertepatan dengan Hari Membasmi Kemiskinan Antarabangsa dan ia jelas menunjukkan bahawa rakyat negara ini memerlukan kenaikan gaji yang selaras dengan keperluan semasa.

Katanya, pengumuman kenaikan sebanyak RM50 saja dianggap satu tindakan yang tidak masuk akal memandangkan kos sara hidup semakin meningkat ketika ini lapor NSTP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");