Sukan Hari Ini

Bapa Khabib Maafkan McGregor, Tetapi Hukum Anaknya

KUALA LUMPUR – Abdulmanap Nurmagomedov, bapa kepada Khabib Nurmagomedov, memaafkan segala hinaan yang dilontarkan oleh Conor McGregor dan pasukannya, tetapi menghukum anaknya sendiri kerana bertindak keterlauan.

Abdulmanap berkata, Khabib boleh melakukan apa sahaja ketika beraksi dalam gelanggang Octagon, tetapi bukannya bertindak melulu di luar.

“Di luar ada anak-anak, ada perempuan dan orang awam,” katanya melalui catatan di Instagram, sebagaimana dilaporkan Utusan Online.

Khabib memenangi pertarungan panas dengan McGregor Sabtu lalu yang memperlihatkan atlet dari Dagestan, Russia itu mengekalkan rekod tanpa kalahnya.

Selepas pertarungan tamat, Khabib gagal mengawal emosi ekoran McGregor telah menghinaa bapa, agama, dan negaranya.

Dia melompat melepasi pagar gelanggang dan menyerang salah seorang kru McGregor.

Namun, bagi Abdulmanap, dia tidak ada masalah untuk memaafkan McGregor.

“Saya memaafkan Conor McGregor, semuanya sudah berlalu,” kata Abdulmanap.

Abdulmanap tidak dapat menemani anaknya bertarung di Las Vegas kerana tidak mendapat visa untuk masuk Amerika Syarikat.

Sementara itu dalam temubual dengan televisyen Russia, dia berkata, biarpun bangga dan gembira dengan kemenangan Khabib, tetapi dia kecewa dengan tindakan melulu Khabib.

“Pasukan saya terkenal dengan disiplin yang tinggi, sebab itu hukuman saya kepada Khabib akan lebih berat berbanding yang diterimanya dari UF,” kata Abdulmanap.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");