Jenayah

Bayi Maut, Tiga Budak Parah Disyaki Dikelar Ibu Sendiri

KOTA BELUD – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tiga kanak-kanak lain cedera parah dipercayai dikelar di bahagian leher oleh ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani petang tadi.

Kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengahari di Kuarters sebuah resort di pulau itu, dikenali sebagai Jerry, manakala yang cedera parah dikenali sebagai Jehan, 5, Melati, 7, serta Nurul Hanisa, 8, dan ketiga-tiga mereka dihantar ke hospital di Kota Belud untuk menerima rawatan.

Ibu kanak-kanak itu yang berusia dalam lingkungan 30an itu disyaki cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri, dan beliau yang ditahan polis kini menerima rawatan di hospital.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh ayah mangsa sendiri yang berumur 54 tahun dan ia dipercayai berpunca daripada gejala kemurungan yang dialami suspek.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");