Membawang Hari Ini

Bekas Isteri Dipukul, Awie Diperintah Bayar Ganti Rugi RM80,000

PETALING JAYA: Penderitaan yang ditanggung bekas isteri Datuk Awie iaitu Rozana Misbun akibat dipukul penyanyi rock itu empat tahun lalu terbalas apabila beliau menerima ganti rugi berjumlah RM80,000 dalam saman sivil terhadap artis itu.

Memetik laporan mStar Online, Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 28 September lalu telah menghakimkan ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 untuk dibayar oleh Awie kepada pihak Rozana.

Rozana diwakili oleh peguam Ahmad Fakhri Abu Samah sebagai peguam utama serta Azlan Abd Roni, Muhammad Azwar Ab Manab dan Nasyrah Ezzan Ali.

Azlan Abd Roni menjelaskan bahawa saman sivil yang difailkan oleh Rozana adalah untuk perbuatan tort hentaman (battery) atau pukul yang telah dilakukan oleh Awie selaku defendan kes itu pada 2 Jun 2014 di beberapa kawasan termasuk di kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Saman sivil yang telah difailkan oleh Rozana bertujuan menuntut ganti rugi untuk kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Rozana yang mana antaranya adalah keretakan pada bahagian tulang rusuk ke sembilan dan ke-sepuluh, lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung.

Ini termasuk penderitaan dialami Rozana antaranya luka, lebam, sakit, kesengsaraan dan kesukaran untuk bernafas termasuk kos rawatan di hospital dan juga malu yang terpaksa ditanggung oleh Rozana iaitu bekas isteri defendan berakibat daripada perbuatannya.

Pada 7 Mac 2016, vokalis kumpulan Wings itu dilepaskan daripada pertuduhan jenayah mencederakan Rozana, 40, oleh Mahkamah Majistret Ampang selepas kedua-dua pihak bersetuju kes diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan Awie memohon maaf.

Sebelum itu, pada 4 Julai 2014, Awie, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mencederakan Rozana yang ketika itu isterinya di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun 2014 di Mahkamah Majistret Ampang.

Penyanyi itu turut sekali lagi didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");