Sukan Hari Ini

Berhati-hati Pilih Import – Sathia

KUALA LUMPUR: Pembatalan peraturan 18 pendaftaran pemain asing oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dikhuatiri dapat mencetuskan ‘kebanjiran’ pemain import tidak berkualiti untuk bersaing dalam kancah bola sepak tempatan.

Kebimbangan itu disuarakan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianathan selepas melihat kebarangkalian ramai pemain import bertaraf rendah akan diambil pasukan Liga Malaysia (Liga M) susulan tiadanya piawaian ketat ke atas kriteria pemain import yang boleh ditandatangani.

Justeru, Sathianathan menegaskan setiap pengurus dan jurulatih perlu berhati-hati dalam mengambil pemain import baharu musim depan bagi mengelak mengikat pemain import yang ‘sekadar beraksi dengan baik dalam video.’

“Pembatalan peraturan itu ada baik dan buruknya. Apa yang baik ia membuka peluang lebih ramai pemain import untuk beraksi dan lebih banyak pilihan buat pasukan kerana tiada lagi sekatan membabitkan kelayakan mereka.

“Namun, apa yang menjadi kerisauan adalah mengenai kualiti mereka sama ada berkualiti atau sekadar ditandatangani kerana harga mereka yang murah disebabkan beraksi di divisyen bawahan.

“Jika pengurusan membeli pemain berkualiti dengan harga rendah tak mengapalah. Apa yang saya takut jika kualiti pemain import jauh lebih teruk berbanding pemain tempatan sendiri.

“Apa pun, semuanya bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih dan pengurusan untuk mengambil pemain import. Mungkin mereka boleh memantau terus pemain itu untuk melihat sama ada berkualiti atau hanya indah khabar daripada rupa,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online, hari ini.

Terdahulu, MFL memutuskan untuk membatalkan peraturan 18, pendaftaran pemain asing, Artikel 18.2(f), manual Liga Malaysia (Liga M) untuk membantu pasukan mengurangkan beban dengan kos pemain import yang tinggi.

Keputusan lembaga pengarah MFL itu membabitkan kelayakan negara pemain asing yang boleh didaftarkan dalam Liga-M yang sebelum ini dilihat menyukarkan banyak pasukan.

Menerusi pembatalan peraturan itu, pasukan kini boleh mendaftar pemain asing yang berkualiti dari divisyen bawahan supaya tidak terbeban dengan kos mahal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");