Panasnya Hari Ini

Beri Saya Mandat Yang Kuat – Anwar

PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, merayu diberi mandat yang kuat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada Sabtu.

Ketua Umum PKR itu berkata, mandat itu akan menjadi bukti beliau mendapat sokongan rakyat berbilang kaum di Port Dickson.

“Bayangkan penduduk di Selangau, Julau dan Puncak Borneo, Sarawak sanggup berubah menukar kerajaan kerana tidak percaya lagi kepada pentadbiran terdahulu.

“Saya sebut kawasan berkenaan sebab saya percaya pengundi di Port Dickson lebih cerdik dalam memilih Ahli Parlimen mereka.

“Justeru, saya mahukan mandat yang kuat daripada anda supaya semua orang tahu saya mendapat sokongan daripada semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Harapan di Bagan Pinang di sini, malam tadi.

Anwar turut mengingatkan pengundi berkongsi kereta bagi mengelak berlaku kesesakan di pusat mengundi.

“Saudara saudari kalau boleh esok (Sabtu) jangan bawa kereta, berkongsi, elak kesesakan dan semua orang boleh datang mengundi dengan baik,” katanya.

Terdahulu, beliau tiba di tapak ceramah pada jam 11.15 malam sebelum berucap sehingga jam 11.55 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");